Tuesday 7 January 2014

The Amman Message dan Penyelesaian Bagi Meredakan Ketegangan Agama di Malaysia

A blog picked up my article on the Amman Message and translated it to Bahasa Melayu. Thanks. Am happy to spread it to as many readers as possible.

http://www.isketambolapress.blogspot.com/2014/01/2-perkara-amman-message-dan.html

Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal dari Sam Sensible di laman ini:- 

Pendahuluan

[1] Baru-baru ini saya terbaca sebuah laman sesawang yang dikenali sebagai “The Amman Message” dan “Three Points of the Amman Message" dan saya terkejut dengan kewujudan laman ini .

[2] “The Amman Message“ mendapat sokongan penuh daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Ianya juga telah ditandatangani oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan lain-lain pemimpin serta cendikiawan terkemuka tempatan, termasuklah Khayri Jamal Al-Din, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO (nama Khairi Jamaluddin dieja secara “fancy”).


[3] Setelah membaca “The Amman Message“, ia membuatkan saya tertanya-tanya kenapakah pesanan yang begitu indah, peringatan, prinsip-prinsip serta saranan yang baik ini tidak diguna pakai di Malaysia?

[4 ] Melalui artikel “The Amman Message“ ianya telah memberi gambaran yang jelas berhubung krisis yang berlaku di Malaysia dan mengingatkan saya betapa pentingnya mesej yang disampaikan melaluinya. Pesanan ini telah membuat saya menganalisa kembali pandangan saya berhubung Artikel yang pernah saya tulis terhadap pengamal Syiah di laman saya ini.


Perkara 1: “The Amman Message and its "Three Points"

[5] “The Amman Message“adalah dokumen yang unik dan indah , namun aneh dan malangnya, ramai rakyat Malaysia (dan umat Islam pada umumnya ) tidak mengetahui tentang kewujudannya.

[6] “The Amman Message“ bermula dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Mulia Raja Abdullah II bin Al-Hussein pada malam 27 Ramadan 1425H bersamaan 9 Nov 2004 di Amman, Jordan. Ia merupakan satu Peristiharan Tentang Ajaran Agama Islam, dasar-dasar yang berkaitan dengannya dan dasar-dasar yang menyalahi ajaran Islam.

[7] Matlamat utamanya peristihtan ini adalah untuk memperjelaskan kepada dunia moden tentang gambaran sebenar agama islam serta penganutnya.

[8] Dalam usaha memperjelaskan perkara ini dan bagi memastikan pandangan daripada mereka yang sesuai dengan bidangnya, Yang Mulia Raja Abdullah II telah mengutus 3 Persoalan Utama kepada 24 Cendiakawan Islam di seluruh dunia dimana mereka ini mewakili mahzab-mahzab dan pusat-pusat pengajian Islam terkemuka. Soalannya ialah seperti berikut:-

 I.            Siapakah Yang Dikatakan Orang Islam?
 II.            Adakah dibenarkan untuk mengistiharkan seseorang itu bukan Islam atau Murtad?
III.            Siapakah yang berhak dan layak mengeluarkan fatwa?
[9] 24 Cendikiawan Islam (termasuk Syeikul Al-Azhar, Ayatollah Sistani dan Syeikh Qaradawi) telah menyediakan fatwa kepada soalan-soalan di atas. Pada Julai 2005, satu Persidangan Islam Antarabangsa  telah dihadiri oleh 200 orang para-para cendikiawan Islam terkemuka di dunia daripada 50 negara. Ianya telah diadakan di Amman, Jordan dan mereka secara sebulat suara menetapkan tiga perkara utama yang dikenali dengan nama “Three Points of the Amman Message”

(Dari Kiri: Sheikh Qardawi, Shaykh Tantawi, Ayatollah Sistani-Ali)

[10] Tiga perkara utama tersebut adalah:

 I.         Pengiktirafan 8 Mazhab dari fahaman Sunni (Hanafi, Maliki, Syafe’i dan Hambali), fahaman Syiah (Ja’afari dan Zaydi), fahaman Ibadhi dan fahaman Tahriri;  seterusnya memberikan definisi yang tepat bahawa pengamal amalan Islam Tradisi (syariat), pengamal Islam Tasawwuf (sufi) dan Pengamal Islam Salafi (salaf) adalah orang Islam yang sebenar-benarnya.

II.             Melarang keras tindakan kafir mengkafir (Takfir) atau peristiharan murtad sesama Islam;

III.       Menetapkan secara subjektif dan objektif serta prasyarat dalam mengistiharkan fatwa agar ianya berpandukan fahaman-fahaman dalam bidang Mahzab masing-masing, justeru itu ketapan ini akan menunjukan perbezaan terhadap mana-mana fatwa yang bersalahan dengan ajaran Islam.

[11] Lebih 500 cendikiawan Islam secara sebulat suara meluluskan “The Amman Message” dan "Three Points" termasuklah pemimpin politik samaada mereka berfahaman Sunni mahupun Syiah.

[12] Secara signifikannya “The Amman Message and its Three Points" merupakan peristiharan pertama yang dibuat dalam tempoh 1,000 tahun. Ianya merupakan peristiharaan secara sebulat suara dan rasminya bagi Umat Islam buat julung-julung kalinya. Mereka yang mahir dalam bidang Syariah akan mengiktiraf bahawa selepas Al-Quran dan Hadis sebagai sumber undang-undang Syariah, sumber ke-tiga terpenting ialah ‘Ijma Para Ulamak. Peristiharan ini ‘Ijma Para Ulamakyang sangat jarang sekali berlaku.

[13] Peritiharaan ini merupakan kejayaan yang besar. Mengapakah perkara ini tidak menjadi tajuk popular di Malaysia?

Perkara 2 : Pengajaran daripada “The Amman Message” dan Perhubungan Antara Agama dan Kaum di Malaysia.

[14] Kenapakah saranan daripada “The Amman Message” berhubung dasar, ajaran Agama dan hubungan antara kaum tidak mendapat perhatian dan memainkan peranan penting di Malaysia?

[15] Zahirnya,  “The Amman Message” mengandungi pelbagai peringatan yang relevan serta amat sesuai kepada masyarakat Malaysia masakini.

[16] Dalam sistem kepercayaan dan persamaan baik dengan agama Kristian mahupun agama-agama lain, “The Amman Message” mengingatkan kita bahawa "asal-usul agama samawi adalah satu, dan umat Islam wajib beriman kepada semua nabi dan Rasul serta tidak membezakan antara mana-mana daripada mereka. Menafikan kefahaman ini adalah menyimpang daripada ajaran Islam". Ketetapan ini ditujukan kepada mereka yang yakin , justeru itu kita haruslah sepakat dalam menentukan perbezaan agar khidmat untuk masayarkat dapat disempurnakan dengan baik.

[17] Perlukah anda mengelak daripada mengucapkan “Merry Christmas” kepada jiran anda? Apakah yang anda lakukan akan menyalahi kepercayaan anda? Jawapannya seharusnya ‘tidak’.

[18] Berhubung isu menghormati orang lain, “The Amman Message” menyatakan bahawa "Islam menghormati setiap manusia, tanpa mengira warna, bangsa atau agama". Sesetengah rakyat Malaysia seolah-olah tidak berfikiran demikian kerana bukan semuanya berfikiran sama. Sebahagian daripada setiap kaum-kaum mempunyai pemikiran dan kumpulan elitis yang berniat jahat, adakalanya mereka berfahaman kolot (bergantung kepada kekuatan daripada segi jumlah dan latarbelakang sejarah). Faktor ini perlulah diubah dalam kepimpinan Islam dimana mereka seharusnya berpegang kepada amanah yang diturunkan oleh Allah S.W.T dan menjaga kebajikan kerana Islam adalah sebahagian daripada amanah tersebut.

[19] Catatan: Tahniah kepada Marina Mahathir dan rakan-rakan (berkumpul di hadapan gereja dengan bunga), apa yang anda lakukan adalah kerana anda merasakan ianya adalah tindakan yang betul.


[20 ] Islam seolah-olah disinari Kekejaman dan Keganasan. “The Amman Message” memetik firmah Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Imran Ayat 159 yang bermaksud “Maka atas rahmat Tuhanmu berlaku lembutlah kepada mereka. Sekiranya kamu berkasar – berlaku zalim – golongan tersebut akan lari daripada kamu. Maafkanlah mereka dan pintalah keampunan daripada Allah untuk mereka bermesyuarahlah dalam urusan yang berkaitan. Apabila semuanya telah selesai maka bertawakallah kepada Allah, Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal”.

[21 ] Bagi Kakitangan JAIS , bacalah perenggan 19. Bukan sahaja anda telah menunjukkan ketidakadilan kepada orang-orang Kristian tetapi anda telah menyakiti perasaan serta hati ramai orang Islam yang baik di Malaysia ini.

[22] Ianya tidak bermakna bahawa JAIS tidak boleh bertindak sedemikian tetapi mereka boleh melakukannya dengan lebih berhemah dan lebih baik lagi. Memahami bahawa JAIS perlu melaksanakan tugas serta tanggungjawab untuk menegakkan undang-undang justeru itu dapatkanlah perintah mahkamah untuk membuat penguatkuasaan, kerana ramai orang Islam menyokong tindakan tersebut. Lakukanlah dengan cara dan saluran yang betul.

[23] “The Amman Message” terus menerus mengingatkan kita bahawa Islam mengesahkan prinsip keadilan dalam berinteraksi dengan orang lain, menjaga hak-hak mereka , dan mengesahkan bahawa kita tidak harus menafikan hak orang serta harta benda mereka (termasuk Alkitab mereka?). " Dan janganlah kebencian orang lain membuat anda menjadi satu kaum yang mendorong kepada tidak melakukan keadilan. Berlaku adillah ianya mendekatkan kamu dengan ketakwaan ( 5:8) ".

[24] Ajaran Islam yang sebenar bermakna menghormati kedaulatan undang-undang . Tindakan “terlupa” untuk memaklumkan pihak berkenaan (masalah JAIS ini, bukanlah kesilapan yang pertama), proses ini perlulah dipelihara dan tindakan menafikan hak orang lain adalah merupakan satu tindakan yang salah.

[25] “The Amman Message”, menyatakan setiap tindakan dibuat secara sepakat, tanpa menyalahi perbezaan Shahadah dan kebebasan Intelektual. Tidak kiralah bagaimana anda menyebut tuhan ianya adalah perkara sampingan. Pengukuhan keimanan adalah perkara penting, pengisian lebih penting dari rupa bentuk fizikal.

Kesimpulan

[26 ] Dalam nota ini, ingin saya tekankan salah satu daripada tiga perkara utama yang diistiharkan adalah seperti berikut: "Sesiapa yang merupakan pengikut kepada salah satu daripada empat buah Mahzab Sunni (Hanafi , Maliki , Hambali dan Shafie – Mahzab Shafei merupakan pegangan majoriti rakyat Malaysia ) , Mahzab Syiah ( Ja'fari dan Zaydi )..... adalah seorang Islam. Mengisytiharkan seseorang yang murtad atau mengkafirkannya adalah mustahil dan tidak dibenarkan ".

[27] Atas dasar tersebut, saya sedia menerima bahawa artikel saya sebelum ini berhubung Syiah adalah salah. Menerima “The Amman Message” ini, saya telah mendapat panduan daripada mereka yang lebih bijak dan layak daripada saya. Pembetulan ini penting buat saya serta bersyukur atas pengetahuan ini.

[28] Akhir sekali Ghandi pernah berkata, "anda boleh menilai masyarakat melalui cara mereka melayan golongan yang paling lemah dari kalangan mereka". Kenyataan ini tidak bermakna bagaimana Kerajaan Negeri melayan golongan bukan Islam sebaliknya bagaimana Kerajaan Negeri memberi perhatian untuk memperbaiki akidah golongan Melayu yang beragama Islam tetapi lemah imannya dan amat mudah dikelirukan. Masanya telah tiba untuk kita meyakini keimanan mereka dan bersama-samalah kita membina Ummah yang kuat. Bagi mengelakkan kekeliruan, larangan penggunaan nama Allah adalah langkah yang selamat untuk masa kini (prinsiputilitarianism memerlukan ini untuk dibuat untuk mengelakkan juga bahaya pada masyarakat), tetapi ianya tidak boleh dikuatkuasakan selama-selamanya. InsyaAllah, akan datang masa kita harus menumpukan usaha pada pengukuhan akidah dan Ilmu, supaya alasan ‘mudah keliru’ ini tidak wujud lagi. Seharusnya, agama lain yang “bimbang” penganutkan akan dikelirukan oleh kemuliaan Islam dan ajaran-ajaran Allah SWT, Wallahualam J


[29 ] Inilah pesanan daripada “The Amman Message” agar ianya menjadi peringatan kepada kita semua dan semoga kita mengambil iktibar darinya.

No comments:

Post a Comment